muhammad saw nabikubismillahirahmanirahim

sebuah kisah, semoga bermanfaat bagi yang selama ini mengaku cinta kepada nabi saw

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Tidak”. Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Kerana aku tidak mengenalimu.” Lalu lelaki itu menambah, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.” Rasulullah s.a.w menjawab, “Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca sholawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan sholawat mereka kepadaku.”

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca sholawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, “Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau.”

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub) –

semoga bermanfaat

 

Iklan